MAJLIS DAERAH PUTATAN MAJLIS DAERAH PUTATAN




BAHAGIAN KEWANGAN


1.Pengenalan
Jabatan ini bertanggungjawab ke atas semua hal kewangan Majlis. Ia meliputi semua kutipan, perbelanjaan, pembayaran, belanjawan dan perakaunan.

2.Objektif
Menyediakan perkhidmatan pengurusan kewangan kepada semua warga kerja, jabatan-jabatan di dalam Majlis, pembayar cukai serta orang awam dengan cekap, amanah dan berkesan selaras dengan keperluan-keperluan Akta yang diterima pakai dan peraturan kewangan yang ditetapkan.

3.Fungsi Bahagian
• Menguruskan hal-hal Pentadbiran Am Jabatan Kewangan termasuk hal-ehwal kakitangan dan bekalan peralatan pejabat.
• Bertanggungjawab ke atas kawalan dokumen masuk dan keluar serta keselamatan pejabat.
• Menyimpan rekod-rekod seperti dokumen-dokumen pembayaran, penyata-penyata sokongan, minit-minit kelulusan perolehan, rekod-rekod tanggungan, daftar kawalan kerja-kerja kontrak, daftar pesanan tempatan dan daftar bil-bil pelbagai.
• Menyediakan, mengawal dan menguruskan Bajet Tahunan Majlis setiap tahun untuk kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.
• Mengemaskini segala rekod-rekod perakaunan dan menyediakan Laporan Kedudukan Kewangan Bulanan, Sukuan dan Penyata Kewangan Tahunan.
• Mengendalikan hal-hal penyediaan dan pembayaran gaji kakitangan Majlis termasuk pendapatan, potongan cukai pendapatan, pinjaman-pinjaman dan sebagainya serta menyimpan rekod-rekod tersebut untuk rujukan di masa akan datang
• Menyediakan Laporan Prestasi Kutipan Cukai Taksiran Majlis setiap bulan untuk makluman Majlis.


>KLIK “LINK DIBAWAH” UNTUK MEMAPARKAN DASHBOARD KAKITANGAN<
KLIK SINI UNTUK PAPARAN DASHBOARD KAKITANGAN